Soalan dari Parlimen : PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN       :           JAWAB LISAN

DARIPADA              :           DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD (KUALA SELANGOR)

TARIKH                    :           25 JUN 2009

 

SOALAN:

DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD [KUALA SELANGOR] minta PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah konkrit untuk memastikan kadar bayaran balik PTPTN dapat ditangani secara lebih berkesan memandangkan unjuran hutang tak berbayar akan meningkat kepada RM46 bilion menjelang 2020.

JAWAPAN:

Tuan yang Di Pertua, 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai kaedah dan usaha telah dilaksanakan oleh PTPTN untuk memudahkan dan meningkatkan bayaran balik pinjaman antaranya:-

  1. memperbanyakkan dan mempelbagaikan saluran bayaran balik seperti mewujudkan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji secara tetap melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan kemudahn pembayaran melalui kaunter atau secara atas talian (online) oleh PTPTN dan ejen-ejen yang dilantik seperti Pos Malaysia dan bank-bank terpilih (Maybank, Bank Islam, CIMB Bank, RHB Bank, Public Bank dan Bank Simpanan Nasional);
  2. bekerjasama dengan IPT untuk mengadakan taklimat kepada pelajar tahun akhir / bakal graduan tentang kemudahan dan kepentingan membuat bayaran balik pinjaman.
  3. Mengeluarkan surat arahan bayaran balik (bagi pemimjam yang telah tamat tempoh pengeluaran dan sepatut mula membuat bayaran balik) dan surat-surat peringatan (bagi peminjam yang masih tidak membuat bayaran balik / tidak memberi maklum balas);
  4. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, pihak swasta dan melantik ejen untuk mengesan peminjam;
  5. Melantik panel peguam bagi urusan penghantaran Surat Peringatan Terakhir, Letter Of Demand (LOD) dan Saman; dan
  6. Bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menahan peminjam ingkar daripada keluar negara.

Kementerian sememangnya menyedari tentang pentingnnya kelestarian dana PTPTN untuk terus memberikan pembiayaan kepada pelajar yang diterima masuk ke IPT. Jesteru, Kementerian telah mengambil langkah pro-aktif dengan menjalankan kajian kelestarian PTPTN. Memorandum mengenai hasil kajian tersebut dan perkara-perkara yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan. Langkah susulan akan diambil setelah mendapat kelulusan daripada Kerajaan.

Leave a Reply