Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang
Khalid Abdul Samad membahaskan Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009.
Pindaan Rang Undang2 Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini disepakati oleh semua yang berucap sebagai satu yang wajar disokong memandangkan betapa peribadi-peribadi hebat ini telah banyak berjasa dan berkorban untuk keselamatan rakyat dan negara. Yang diperselihkan adalah atas isu jumlah elaun yang menasabah diberikan dan samada ia boleh turut dibayar kepada isteri atau balu mereka. Namun pertikaian yang lebih tajam berkisar sekitar kriteria dan kayu ukur yang digunakan oleh jawatankuasa penilai bagi menetapkan kelayakan calon-calon yang wajar dianugerahkan Seri Pahlawan ini.
Setelah menyaksikan MP2 bertikam lidah dalam menetapkan kriteria ini kerana MP2 Pakatan merakamkan betapa golongan yang dianggap tidak ’sebulu’ dengan haluan kerajaan (samada golongan agamist atau kiri) dipinggirkan dan diketepikan dari menerima anugerah ini, maka saya membuat celahan (kerana tidak mahu berucap) semasa Ahli Parlimen YB Shah Alam sedang berbahas dengan memajukan bahawa yang nak dipilih sebenarnya adalah tokoh Patriot yang benar2 menjiwai kasih sayangnya kepada negara dan tanah airnya.
Maka saya kemukan 2 kata hikmat yang dipetik (meskipun punjangga Barat- Edward Abbey dan Mark Twain) bagi mengesyorkan YB Shah Alam bahawa maksud dan erti seorang Patriot itu juga adalah peribadi/golongan yang tidak semestinya bersetuju dengan kerajaan, bahkan sebaliknya menyanggahi kerajaan (ketika kerajaan salah), tetapi tetap memperjuangkan kepentingan negara dan tanah air!
“Patriotisme ialah mempertahankan negara dan tanah air mu dalam semua keadaan dan mempertahankan kerajaann mu apabila ia layak dipertahankan” – Patriotism is about supporting your country all the times and your government when it deserves it”.
Seorang Patriot mestilah bersedia untuk mempertahankan negara dan tanah air dari kerajaannya” -
“A Patriot must always be ready to defend his country against his government”
Saya cukup berterima kasih kepada Yb Shah Alam apabila beliau menyarankan kepada YDP Speaker supaya memasukkan celahan saya ini sebagai sebahagian dari ucapan beliau.
Semoga input ini memberi perspektif yang agak berbeza dari pemikiran lama yang terperangkap dalam ’siege mentality’ yang sentiasa menganggap bahawa yang patriotik dan patriot itu hanya mereka yang mendukungi gagasan pihak berkuasa, meskipun ternyata salah dan mudarat buat negara dan kemaslahatan tanah air!
Filed under: Dari Parlimen






