Sememang ramai MP dalam dewan rakyat, 222 kalau hadir kesemua tapi faham2lah. Untuk mendapat peluang bertanya soalan tambahan sememang sukar dan untuk soalan-soalan kita naik pun, nasib2lah. Katanya ada sistem atau giliran tapi terus terang saya tak nampak perlaksaan dakwaan ini. Apa pun saya akan mengambil sedikit inisiatif untuk mengongsi pandangan saya, sekiranya saya terhalang untuk bertanya perkara-perkara yang saya kira penting untuk rakyat.
Hari ini, contohnya, dalam soalan pertama YB Padang Besar. Soalan yang bersabit dengan petani-petani luar bandar yang terhalang untuk mendapat pinjaman kerana tidak ada ‘cagaran’ atau ‘collateral’ yang di minta oleh Agro-Bank.
Jawapan Menteri Pertanian dan Industri Asas saya kira tidak menjurus kepada penyelesaian masalah sebenarnya. Komentar saya begini. AgroBank adalah sebuah bank komersial dan juga sebuah bank pembangunan. Selain dari mikro-kredit (bahkan terkadangkali pinjaman mikro-kredit, maksimum RM50,000 pun), pinjaman memerlukakan ‘cagaran’.
Sebabnya secara mudah adalah kerana AgroBank ialah sebuah institusi komersial yang juga mengamalkan sistem konvensional (walaupun ada juga mengikut website resminya produk2Islam). Sementara saya dapat memerhatikan AgroBank berusaha untuk tidak meletakkan ‘cagaran’ sebagai faktor penting dalam membuat pinjaman, namun ia tetap menjadi salah satu perkiraan bank, keupayaan membayar balik dan juga ‘credit-worthiness’ peminjam. Agro Bank juga akan terus menjadi bank utama yang memberi pinjaman kepada petani yang terbabit dalam projek mega koridor samada Pantai Timur (ECER) atu Utara (NCER).
Saya ingin mencadangkan sebuah Agro Bank, perbankan yang ‘anchor’ dalam industri pertanian, wajar memahami bidang pertanian sendiri. Sebab andainya hanya ‘credit-risk’ sahaja yang mereka faham, tanpa the ‘business risk’, maka inilah yang menjadikan persolan ‘collateral’ menjadi penting dan kritikal. Mereka tidak memahami potensi dan viabiliti projek sebenarnya.
Maka andainya Agro Bank mengamalkan sistem pinjaman kewangan Islam, disegi ‘Profit-Risk Sharing’, samada pendekatan Mudhorabah atau Musyarakah, maka isu ‘cagaran’ tidak akan menjadi utama. Dengan kata lain, dalam sistem kewangan Islam, yang utama yang akan diperhitungkan oleh pihak Bank adalah ‘viability’ projek. Maka pihak Bank wajar memahami projek-projek pertanian juga atau melibatkan panel pakar dalam bidang pertanian dalam Panel Pelaburannya. Namanya pun Agro Bank atau Bank Pertanian. Barulah mereka menjiwai sektor dan bidang ini, khususnya faktor-faktor kejayaan krtikalnya (CSFnya) dan janga cakap fasal KPI sahaja tanpa mengetahui bagaimana untuk menjayakan objektif dan matlamat murni ini. Ini penting. Sebab itu juga dalam bajet, banyak hasrat dan cita-cita tetapi tidak faham kenapa kita gagal selama ini dan apakah faktor-faktor kritikal kejayaan.
Sekaligus, halangan ‘cagaran’ tidak menjadi pertikaian dan petani-petani (bukan hanya pinjaman mikro-kredit) benar-benar dapat diperkasakan dan sektor pertanian dapat dilonjakkan seperti yang diwawar-wawarkan oleh kerajaan dan Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajetnya baru-baru ini. kalau tidak tinggal, cakap-cakap sahaja seprti yang disebutkan YB Padang Besar itu, kerana petani-petani diluar bandar masih terhalang dari memperbaiki kualiti hidup dan pendapatan mereka. Bayangkan satu senario di mana petani-petani benar-benar diperkasa. Mungkin bukan era BN tetapi di bawah kerajaan Pakatan Pusat.
Filed under: Dari Parlimen






