Dr Dzulkefly akan selesaikan masalah rumah terbengkalai

Dipetik dari SinarHarian edisi 16.11.2009 (Isnin)

KAMPUNG BUKIT KERAYONG – Ahli Parlimen Kuala Selangor akan berusaha menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di Taman Kerayong Indah yang setelah sekian lama terbengkalai sembilan tahun lalu.

Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya begitu simpati dengan nasib golongan rakyat apabila hampir pemilik rumah itu adalah daripada dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan orang kampung.

Menurutnya, projek itu adalah pembesaran kampung yang dilaksanakan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Kerayong dan Pejabat Daerah Kuala Selangor bersama kontraktor pada September 1999.

“Ia berkonsepkan pemberimilikan tanah secara terancang dengan membina rumah-rumah sesebuah jenis banglo, berkembar, rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah kedai seluas 216 ekar.

“Malah memberi peluang kepada golongan Bumiputera memiliki rumah yang selesa dalam masa sama membangunkan Kampung Bukit Kerayong di atas tanah rezab Melayu Bukit Kerayong,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat projek terbengkalai di sini.

Beliau berkata, kontraktor itu gagal melaksanakan projek berkenaan dengan alasan kos kerja-kerja tanah terlalu tinggi dengan keadaan tapak pembinaan yang berbatu dan berbukit-bukit.

“Malah, ia ditambah pula dengan kehendak pihak berkuasa tempatan bagi memenuhi piawaian keselamatan cerun bukit pembinaan tembuk penahan, pembinaan jalan, pembinaan parit besar, sistem kumbahan, bekalan air dan elektrik.

“Pada masa yang sama, syarikat tersebut mengalami masalah kewangan serta pengurusan yang bermasalah menyebabkan projek gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan dengan pihak pembeli,” katanya.

Menurutnya, syarikat selepas kontraktor berkenaan yang dilantik Kerajaan Negeri terdahulu untuk meneruskan projek pada 2006 turut gagal melaksanakan sehingga di arah berhenti kerja pihak berkuasa Kerajaan Negeri pada Mac 2007 kerana gagal memenuhi syarat.

“Saya begitu kesal kerana projek terbengkalai ini, ada pemiliknya sudah meninggal dunia dan tidak diambil peduli.

“Bagaimanapun, sebagai pemimpin akan berusaha menyelesaikannya dan saya begitu simpati,” katanya.

2 Responses

  1. ASSALAMMUALAIKUM DR. MOHON DISEGERAKAN PENYELESAIAN ISU DKI INI KERANA DAH JENUH KAMI MENUNGGU. SEMUA PEMBELI ADALAH BUMIPUTERA. SEKIRANYA ISU INI BERJAYA DISELESAIKAN IA AKAN MENAIKKAN IMEJ PR KHUSUSNYA, PAS AMNYA. TQ

  2. YB,

    I hope you can raise this issue in parliment session or next parliment sitting. It seems huawei is monopolise TM infra.

    Please check what was happen in Australia:

    http://www.google.com.my/search?hl=en&rlz=1R2PCTC_enMY337&q=huawei+spies+australia&btnG=Search&meta=&aq=f&oq=

Leave a Reply