Kata-kata Aluan

Selamat datang ke Laman Web Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Laman web ini bertujuan untuk menambahkan ruang hubungan di antara beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan warga Kuala Selangor khususnya dan masyarakat amnya . Pastinya ia tidak dapat menggantikan kehadiran diri beliau sendiri dalam pertemuan sebagai seorang wakil rakyat dengan warga Kuala Selangor. Namun kekangan waktu beliau dan kesibukan harian semua pihak, penggunaan teknologi dan internet mampu meningkatkan ruang komunikasi serta kecekapan khidmat yang diperlukan. Maklumat dan keberkesanan penyampaian maklumat akan membantu untuk mencapai kelancaran khidmat itu dan laman web ini memudahkannya.

Laman web ini diselenggarakan oleh pasukan IT Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Selangor berdasarkan input dari beliau sendiri. Pelbagai kegiatan YB ini, samada berupa laporan langsung dari Pusat Khidmat atau petikan dari laporan media arus perdana atau alternatif dimuatkan dalam web ini. Oleh kerana beliau banyak menulis, khususnya dalam BI, arkib penulisan beliau juga boleh didapati dalam web ini. Beliau mahu ia dimenafaatkan khususnya oleh generasi muda bagi membolehkan perkembangan minda dan intelek serta kepemimpinan mereka yang bakal menerajui negara. Laporan penglibatan debat dan perbahasan beliau di parlimen juga cuba dimuatkan dalam web ini. Kegiatan ahli parlimen kita ini juga dapat diakses dari maklumat web ini. Bagi rakyat yang tidak punya capaian internet, YB dan Pasukan Bertindak beliau memang mengatur program turun padang untuk mendekati dan menemui rakyat secara langsung.

Dengan bantuan web ini, Ahli Parlimen dan pasukannya sangat mengharapkan bahawa janji beliau semasa berkempen dahulu untuk memberikan khidmat yang terbaik akan dapat dipertingkatkan dan beliau mahu rakyat menggunakan saluran web ini untuk menyampaikan apa jua maklum-balas serta cadangan dan teguran-mahasabah untuk membolehkan beliau berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan lagi. Akhir kata atas apa jua kelemahan kami selaku hamba Allah yang tidak sunyi dari kekurangan dan ketidaksempuranaan kami pohon ribuan ampun dan maaf. 

Atas penerusan sokongan dan kepercayaan rakyat Kuala Selangor kepada YB Ahli Parlimen Kuala Selangor yang tuan-tuan pilih, yang kini sudah melepasi Satu Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat, maka kami turut merakamkan jutaan terima Kasih.

Menghayati Kepemimpinan Berintegriti dan Kerajaan Berkebajikan.

Sekian, Terima Kasih.
bp YB Dr. Dzulkelfy Ahmad
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Selangor.

6 Responses

  1. Assalamulaikum wrt wbt

    YB Dr Dzul,

    Jemput singgah ke blog PAS Shah Alam 2 di http://shahalam2.blogspot.com,

    dan Blog PAS Jeram di http://jeramkini.blogspot.com.

    Terkini di blog ialah perasmian penutup Ihtifal PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2.

    Wassalam

    Akhukum fi dDin
    Khairol Azli Mohamad

  2. Salam Dr Zul,

    I have posted twice with regards to water rate for apartment unit in Puncak Alam.

    I can be contacted at 017 3303038 for more details.

    Wassalam
    Zul

  3. salam Dr Dzul,

    saya ada beberapa isu yang ingin dibangkitkan dan sekiranya ianya sesuai mungkn boleh dijadikan buah bicara YB di parlimen nanti.

    1. mengenai intellectual property pelajar2 malaysia yang dihantar ke luar negara untuk mengikuti pengajian peringkat PhD. Sejauh mana mereka2 ini dibekalkan dgn ilmu IP ini? rata2 ypelajar yang dihantar lebih menjurus kepada bidang2 kritikal utk negara dan kajian2 yg dilakukan mempunyai nilai komersial yang tinggi. harta intelektual milik negara ini tidak dilindungi secara sewajarnya. Pelajar pula tidak dibekalkan dgnilmu ini selain dari momokan2 rasis dari BTN. Akibatnya IP ini menjadi milik universiti luar negara dan pelajr sendiri oleh kerana kenaifan mereka, akhirnya menjadi pengemis kpd universiti tersebut sekiranya mereka hendak mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka. Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan sekiranya kajian2 yang mempunyai nilai komersil yang tinggi ini dibangunkan oleh negara lain? Kebanyakan pelajar tidak pengerti aspek IP ini dan natijahnya duit yang dilaburkan oleh K’jaan tidak mendapat pulangan yang sewajarnya. Saya cadangkan institusi tempatan melalui Kem. Pengajian Tinggi membuat MOU dari peringkat awal lagi dgn universiti luar negara mengenai pengkomersilan hasil penyelidikan pelajar kita. Ini secara tidak langsung memiliknegarakan khazanah IP ini dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Juga, sekiranya penyelidikan berkaitan material yang mungkin sesuai dgn industri permotoran, maka dicadangkan pelajar melalui universiti2 tempatan yang diwakili mereka mengadakan MOU awal dgn industri permototran tempatan spt proton dan sbgnya.
    2. Pusat Komersial di Universiti
    Bagaimanakah keberkesanan pusat2 ini dalam mengangkat hasil penyelidikan dan memberi nilai komersil kpd penyelidikan tersebut. kenapa tidak digabungkan kesemua pusat pengkomersialn dari universiti2 tempatan ini supaya pusat ini dpt diperkasakan. Kwujudan banyak pusat seperti ini mungkin kurang berkesan kerana diterajui oleh mereka2 yang tidak berkemampuan kerana biasanya pusat2 spt ini akan diwakili oelh pensnyarah universiti yang mungkin pengetahuan serta kemampuan dalam aspek mengkomersilkan produk penyelidikan boleh dopertikaikan. Mungkin lebih molek sekiranya pusat2 ini diterajui oleh mereka yang profesional dan pensyarah melaksanakan kepakaran mereka iaitu membuat penyelidikan. sekiranya pusat-pusat ini dapat digabungkn, pusat gabungan akan mempunyai fokus dan lebih terarah dalam memasarkan hasil penyelidikan mereka dan arah tuju penyelidikan akan lebih meluas dan akan wujud kerjasama penyelidikan antara universiti2 tempatan. Kesimpulannya, resources kepakaran dapt disatukan dan disalurkan ke arah menghasilkan lebih banyak kumpulan-kumpulan penyelidik. Ratio pembahagian hak dan faedah mesti dijelaskan diperingkat awal dan mesti dimiliki oleh penyelidik bukannya pemasar.

    Terima kasih.
    Rizal Abu Bakar
    Canberra, Australia

    • Salam Rizal, this may be avery delayed response but i wish to tell u that i appreciated ur post though didn’t have time to respond then, Will revist the issue. PLs keep in the loop. Thnx. Best Wishes. Salaam to bros in DownUnder.

  4. Saya tak ada kapasiti utk tujuan tersebut buat masakini, saya minta sdr tlng saya utk teliti perkara ini dan come back to me bila mendapat findings yg interresting. TK

Leave a Reply